GEORGE TOWN: Pihak sekolah dicadang menerapkan elemen ilmiah dan bersifat intelektual dalam menyampaikan mesej kepada pelajar supaya mereka lebih memahami tentang isu sebenar yang berlaku di Palestin.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata penerapan nilai-nilai murni penting kerana tidak mahu pelajar diberikan gambaran tidak tepat atau salah tafsir hingga menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak.
"Pelajar perlu faham isu (Palestin) ini adalah isu global maka, mereka perlu diberi peluang untuk menelaah, meneliti menulis dan mendedahkan diri dengan bahan media yang menggambarkan situasi sebenar supaya lebih menghayati maksud solidariti dan setiakawan.
"Gambaran tepat juga perlu diberikan betapa dunia perlukan keamanan...Ini menjadi tanggungjawab para pendidik untuk mendidik anak-anak mengenai keamanan sejagat selain aktiviti yang mampu memupuk semangat dan nilai yang baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen AMK Zon Utara di Pen Mutiara, Batu Maung, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang meminta Kementerian Pendidikan (KPM) mengkaji semula keputusan menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan institusi pendidikan awam yang dijadual bermula esok.
Mengulas lanjut, Adam yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata inisiatif kerajaan menganjurkan program sedemikian merupakan satu usaha yang baik namun bagaimana ia diterjemahkan perlu diteliti khususnya di peringkat pelajar yang masih kabur mengenai isu terbabit.
"Anak-anak di sekolah hari ini berhadapan dengan waktu yang mana orang sekeliling mereka bercakap soal Palestin tapi apa pendidikan yang kita bagi kepada anak-anak?
"Kita bimbang jika mereka ini tidak diberi bimbingan yang betul akan ada pihak yang akan ambil kesempatan untuk memesongkan minda mereka," katanya.
Beliau yakin KPM mempunyai garis panduan dan berharap ia mencukupi supaya pelajar dapat diberikan peluang seadilnya untuk sama-sama menghayati semangat dan maksud sebenar solidariti untuk Palestin.
Terdahulu, dalam kenyataan bersama kesemua ADUN terbabit menjelaskan Program Minggu Solidariti Palestin patut dikaji semula supaya sekolah dan institusi awam bebas daripada unsur dendam dan keganasan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini pula menjelaskan program membabitkan replika senjata mainan di sebuah sekolah yang sedang tular tidak mengikut garis panduan ditetapkan kerajaan.
Katanya, program berkenaan tidak termasuk dalam pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin yang dijadual bermula esok hingga 3 Nov ini.
--BERNAMATAG: Adam Adli, AMK, konvensyen, solidariti, palestin
Bernama
Sat Oct 28 2023
Pihak sekolah dicadang menerapkan elemen ilmiah dan bersifat intelektual dalam menyampaikan mesej kepada pelajar supaya mereka lebih memahami tentang isu sebenar yang berlaku di Palestin. - Foto BERNAMA
Permintaan meningkat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih positif apabila diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Malaysia kini tarikan utama profesional asing berkemahiran tinggi
Malaysia kini menjadi tarikan utama kepada para profesional asing yang berkemahiran tinggi, dengan jumlah ekspatriat yang masuk ke negara ini melepasi paras sebelum pandemik.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
Perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke majlis perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024.
Garis panduan baharu tangani pokok berusia dan berisiko siap Julai ini - DBKL
DBKL akan terus jalankan kerja-kerja pemantauan dengan mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India
Letupan berlaku berhampiran Sivakasi di daerah Virudhunagar, kira-kira 550 km dari ibu negeri Chennai.
[KOLUMNIS] PRK KKB: Perang naratif di Kuala Kubu Baharu
PILIHAN RAYA KECIL (PRK) Kuala Kubu Baharu telah menjadi pusat tumpuan bagi pemerhati dan penganalisis politik, termasuk pakar strategi Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN).
MCA minta KDN siasat DJ Korea cuba menyamar sami
Tular video yang memaparkan penampilan sulung DJ tersebut membuat persembahan dengan memakai jubah sami berwarna putih di kelab malam.
Deftech, UPNM tingkat R&D berkaitan sistem pesawat tanpa pemandu, sektor automotif
Kerjasama akan menyaksikan kedua-dua pihak meningkatkan inisiatif R&D bersama untuk teknologi sistem tanpa pemandu.
Kilang pau terkemuka diserbu, sijil halal tamat tempoh sejak dua tahun lalu
KPDN telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang dipercayai pemilik kilang serta merakam keterangan.
Konflik, bencana alam paksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Ethiopia Utara - PBB
Konflik dan bencana alam telah memaksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Wilayah Amhara Ethiopia.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
Keputusan peperiksaan STAM tahun 2023 pada 26 Mac - KPM
Sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.
Sekolah diseru langgan tiga akhbar utama berbahasa Melayu
Ia sebagai usaha memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.
Sesi akademik 2024/2025: 39,162 murid mula sesi persekolahan di Putrajaya
Jumlah itu membabitkan seramai 1,051 murid prasekolah, 23,096 murid sekolah rendah dan 15,015 pelajar sekolah menengah.
Ramadan bukan alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak boleh dilaksana - KP Pendidikan
Hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) melalui aktiviti minggu pertama adalah untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
Sekolah perlu bincang dengan ibu bapa sebelum anjur majlis graduasi di hotel - Exco
Walaupun pihak sekolah mempunyai autonomi untuk menganjurkan sebarang majlis namun persetujuan ibu bapa perlu dititikberatkan.
Sekolah digalakkan anjur majlis graduasi sederhana namun meriah - Fadhlina
Bagaimanapun, perbincangan dengan ibu bapa serta PIBG di sekolah masing-masing adalah asas kepada majlis graduasi.
Kod Sukan Selamat akan dilaksanakan di sekolah arus perdana tahun ini
Beliau berkata perkara itu perlu memandangkan terdapat kumpulan besar yang terlibat dengan aktiviti sukan di peringkat sekolah.
Lepas Subuh berjemaah, Madad cadang hantar pelajar ke sekolah
Idea itu timbul selepas melihat kepada sokongan menggalakkan selain mahu melancarkan perjalanan ke sekolah.